Penyanyi dan juga usahawan, Ayu Damit menyangkal dakwaan netizen yang tampil mengkritik gaya pemakaian dan juga cara persembahannya ketika berada di atas pentas.
Baru-baru ini, penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini dikritik kerana berpakaian ketat ketika menyampaikan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga di satu majlis pelancaran sebuah produk.
Enggan mengeruhkan keadaan, Ayu menjelaskan bahawa persembahan tersebut adalah permintaan penganjur itu sendiri dan telah pun mendapat kebenaran daripada suami tercinta.
Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit,33, koreografi tarian yang menampilkan aksi ‘daring’ itu adalah selaras dengan genre lagu yang disampaikan demi memenuhi permintaan klien.
Kalau nak kritik pun anda kena baca dulu, kami study lirik, kami study lagu, jadi kami perlu faham apa yang kami perlu sampaikan.
Untuk penari-penari itu, mereka dalam watak. Malah saya pun sebagai penyanyi kalau dalam karakter memang akan beri sehabis baik.
Tambahnya lagi, mereka di luar sana tidak perlu mempertikaikan mereka yang membuat persembahan di atas pentas kerana penari-penari tersebut sudah memahami apa yang perlu dilakukan kerana banyak latihan telah dilakukan.
“Sebagai penyanyi dan penari, apabila dah masuk roh itu, itu yang terjadi di atas pentas, kita tidak boleh mempertikaikan mereka..” ujarnya lagi.