Kerap Mimpi Ular Dan Alami Perkara Pelik, Ayu Damit Terima Amaran Akan Disihir

Hiburan

Kerap Mimpi Ular Dan Alami Perkara Pelik, Ayu Damit Terima Amaran Akan Disihir

Penyanyi Ayu Damit mengakui ada mengalami mimpi misteri dan juga perkara pelik di hadapan matanya sendiri dan mula mengambil inisiatif untuk ‘memagar’ rumahnya dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Meskipun dia sebelum ini tidak terlalu mengambil pusing mengenai perkara itu, namun Ayu lebih memikirkan keselamatan anak-anak dan merasakan perlu untuk dia berbuat sesuatu supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini di kemudian hari.

Advertisement

Cerita Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit,33, dia pernah bermimpi didatangi ular yang sama beberapa kali malah rumahnya juga pernah dimasuki binatang berbisa itu.

Sehubungan itu, dia dan suami telah mendapatkan nasihat ustaz dan mengambil langkah sewajarnya demi keselamatan diri dan anak-anak.

Malah, Ayu juga pernah ditegur peminat apabila fotonya di media sosial seperti ada sesuatu yang ‘tidak kena’.

Selepas kejadian itu, saya jadi trauma dan gigil. Jika mahu ke dapur saya akan pandang sekeliling dahulu untuk pastikan semua selamat.

Pernah beberapa orang tegur sebelum ini dan beritahu ada ‘sesuatu’ pada saya apabila melihat gambar di Instagram. Saya tanya hal ini kepada orang lebih arif, mereka kata itu amaran akan disihir.

Dalam pada itu, Ayu juga meluahkan rasa hairan kerana masih ada yang tergamak untuk melakukan perbuatan syirik seperti itu pada zaman moden ini.

“Bagi saya orang yang masih ke arah perkara mistik ketika di zaman moden ini adalah mereka yang mempunyai hasad dengkit.” katanya lagi.

Ayu Damit
2 years ago

"Tak Pernah Berjauhan Terlalu Lama" - Ayu Damit Kongsi Rahsia Miliki Rumah Tangga Bahagia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...