(VIDEO) “Berkat Ikhlas Jaga Ibu” – Adik Bongsu ‘Sponsor’ Kakak Pergi Umrah Buat Netizen Sebak

Kehidupan

(VIDEO) “Berkat Ikhlas Jaga Ibu” – Adik Bongsu ‘Sponsor’ Kakak Pergi Umrah Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video daripada seorang pengguna dikenali sebagai Zaiton Mohamed yang berkongsi detik-detik gembira sewaktu adik bongsunya membuat kejutan telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, adik bongsu lelakinya telah membuat kejutan dengan memberi tajaan sepenuhnya untuk dia pergi mengerjakan ibadah umrah ke Tanah Suci.

Advertisement

Difahamkan, tajaan itu dibuat sendiri oleh adik bongsunya sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan kakaknya itu yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menjaga ibu mereka yang sakit.

kakak

Adik bongsu taja kakak yang jaga ibu ke umrah, semua orang tidak tahu termasuk ibu sendiri. Terharu, rezeki membahagiakan ibu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sebak dengan perkongsian video tersebut dan menganggap itu merupakan rezeki wanita itu kerana ikhlas membantu keluarga.

@zaitonmohamad448

#keluargabahagia #kejayaanislam #kakipancing

? original sound – ZaitonMohamed – ZaitonMohamed

Kenapa saya menangis sekali ni – Netizen.

“Kakak dia mesti sebak, taksangka dia ada dalam ingatan adik dia.. berkat ikhlas jaga ibu tu,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nak menantu kerja kerajaan
3 years ago

“Makcik Nak Menantu Kerja 'Gomen'..” - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hadap Bakal Mentua ‘Tak Jadi’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...