“Makcik Nak Menantu Kerja ‘Gomen’..” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hadap Bakal Mentua ‘Tak Jadi’

Kehidupan

“Makcik Nak Menantu Kerja ‘Gomen’..” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hadap Bakal Mentua ‘Tak Jadi’

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita bernama Rozmiza Azman ternyata telah mencuri perhatian warga maya apabila dia ada berkongsikan pengalaman berhadapan dengan bakal mentua yang hanya ingin ber’menantu’kan orang yang bekerja dalam sektor kerajaan.

Berkongsi pengalamannya itu di media sosial Twitter, Rozmiza berkata bahawa bait-bait bakal ibu mentua ‘tak jadi’ itu masih segar dalam ingatan meskipun kecewa dengan tindakan keluarga kekasihnya itu.

Advertisement

Rozmiza

Namun, perkara tersebut telah membuatkan Rozmiza terus bangkit mencipta kejayaannya yang tersendiri.

“Makcik nak menantu kerja kerajaan, awak asal keluarga susah dan jangan berangan nak hidup mewah.” antara kata-kata ibu bekas kekasihnya yang masih diingati Rozmiza sehingga kini.

Katanya, dia mengenali bekas kekasihnya itu ketika berumur 16 tahun sebelum masing-masing meneruskan pengajian dan mereka berdua kemudiannya bercinta jarak jauh.

nak menantu kerja kerajaan

Dalam tempoh tersebut, bekas kekasihnya itu pernah beberapa kali berlaku curang namun berbaik semula kerana sayang.

Ingat lagi kenangan nanti saya habis belajar saya nak kerja keras sebab nak beli kereta jenis Volkswagen tapi dia hanya gelak dan jawab kereta itu mahal, awak keluarga susah, beli Myvi mampulah.

Cerita Rozmiza lagi, dia pernah menghubungi dan cuba untuk bermesra dengan ibu bekas kekasihnya itu namun kehadirannya tidak diterima oleh keluarga si lelaki.

Namun kini, Rozmiza yang bekerja sebagai perunding kewangan telah pun berjaya memiliki rumah dan kereta idaman serta memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Rozmiza mendapat jodoh yang lebih baik dan menerima dirinya seadanya.

Berniaga di tapak oku
2 years ago

“Minta Alih Kereta Bang..” - Bapa Kecewa Hak Anak OKU ‘Dipermainkan’ Oleh Peniaga Jalanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...