(VIDEO) “Berdebar Dan Tangan Ketar…”- ‘Scammer’ e-Wallet Berjaya Top Up RM700, Juruwang Rasa Seperti Dipukau

Kehidupan

(VIDEO) “Berdebar Dan Tangan Ketar…”- ‘Scammer’ e-Wallet Berjaya Top Up RM700,  Juruwang Rasa Seperti Dipukau

Sebuah kejadian kecurian dilaporkan telah berlaku di Stesen Minyak Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu di mana taktik licik lelaki ini mencuri dengan membeli kad tambah nilai telco dan e-wallet seperti ‘dipukau’ kerana tidak disedari oleh juruwang bertugas.

Difahamkan lelaki itu membeli kad tambah nilai telco dan e-wallet yang berharga RM700 menggunakan kad kredit namun dibatalkan sebelum berlalu pergi.

Advertisement

Scammer e wallet

Namun, lelaki itu sebenarnya telah merakam video keseluruhan nombor pin yang tertera pada resit tambah nilai yang dipegangnya terlebih dahulu sebelum berpura-pura ingin membuat bayaran.

Menurut juruwang bertugas, setelah lelaki itu dimaklumkan bahawa kad kredit yang diberikannya disekat, dia memaklumkan ingin mengambil wang tunai di dalam keretanya sebelum terus meninggalkan kedai minyak tersebut.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh CCTV yang terdapat di premis dan terlihat jelas di mana lelaki itu telah mengambil resit tambah nilai telco yang dicetak dan secara ‘senyap’ merakam gambar nombor pin tambah nilai yang tertera di resit.

Kata juruwang wanita itu lagi, dia juga berasa seolah-olah seperti dipukau dan berdebar selain tangannya mula menggeletar.

Sehubungan dengan itu, pihak stesen minyak berkenaan telah menularkan video tersebut di TikTok dan Facebook rasmi dan meminta perkara tersebut dipanjangkan agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya berkongsi yang mereka turut ‘terkena’ dengan taktik ‘scammer’ e-wallet ini malah dengan individu yang sama.

Ditipu ratusan ringgit, diharap pekerja stesen kedai minyak ataupun mana-mana premis yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai seperti ini agar sentiasa ‘alert’ supaya insiden merugikan ini tidak terjadi lagi.

Kelas hias macam night club
3 years ago

"Habis Rosak Mata Budak.." - Kelas Prasekolah Dihias Macam 'Night Club' Cetus Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...