Tular di media sosial video rakaman cctv di sebuah restoran di Subang Jaya yang memaparkan seorang pelanggan berbangsa India bertindak menampar seorang pekerja warganegara Bangladesh.
Difahamkan, pelanggan tersebut berbuat demikian oleh kerana lagu yang dimintanya tidak dimainkan oleh pekerja tersebut.
Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam.
Pekerja memaklumkan dia tidak dapat berbuat demikian kerana lagu sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah.
Menerusi video tersebut, pelanggan yang berang telah memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja berkenaan sebelum bertindak menampar pipi sebelah kiri pekerja tersebut.
Selepas kejadian, kawan pelanggan itu telah membuat bayaran di kaunter lalu beredar dari situ.
Dalam pada itu, Abd. Khalid berkata, siasatan masih dijalankan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.