“Anak Bukan Trofi Tapi Amanah” – Ibu Malu Anak Tak Dapat Masuk SBP, Kisah Gadis Ini Raih Perhatian Ramai

Kehidupan

“Anak Bukan Trofi Tapi Amanah” – Ibu Malu Anak Tak Dapat Masuk SBP, Kisah Gadis Ini Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan daripada seorang pengguna dikenali sebagai Sid Razali yang berkongsi tangkap layar kisah seorang gadis yang telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Menerusi gambar tersebut, gadis itu kecewa apabila ibunya malu kerana dia gagal menempatkan diri di dalam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Advertisement

Menurutnya, dia telah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengulang kaji pelajaran sendirian pada setiap malam di dalam bilik bagi menjalani peperiksaan memasuki SBP tersebut.

sbp

MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa la ni? Dulu nak sangat dapat TKC, sekarang satu pun tak ada?

Namun, lebih menyedihkan apabila ibunya langsung tidak mengetahui dan menghargai usaha yang telah dilakukan gadis itu malah malu kerana anaknya tidak layak masuk ke mana-mana tempat pengajian yang diingini.

Parents tak tahu tiap-tiap malam saya belajar sorang-sorang dalam bilik for exam SBP tu. Tak tipu, memang tengah down gila sekarang.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib gadis tersebut dan menasihati agar ibu bapa di luar sana untuk tidak terus menyalahkan anak mereka.

Hentikanlah mentaliti sebegini. Secara hakikatnya, dia sama macam sekolah harian. SBP & MRSM sebagai batu loncatan saja. – netizen.

Kesian anak-anak. Jangan terlalu memaksa mereka. Dengar keinginan mereka. Kejayaan tak memilih nama sekolah, tetapi keinginan dan kesungguhan anak-anak,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ruangan solat wanita di laluan tandas
2 years ago

“Rasa Hina Sangat!" - Wanita Kecewa AJK Masjid Tunjuk Ruang Solat Wanita Di Laluan Tandas?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...