Jika sebelum ini kecoh tentang isu nasi arab ‘lamb shank’ Chef Ammar yang dianggap terlampau mahal dan juga isu tentang pelanggan yang datang lambat tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli Nasi Arab.
Kali ini sekali lagi kedai nasi arab ‘lamb shank’ Chef Ammar menjadi tular kerana seorang lelaki mengamuk apabila gilirannya untuk membeli nasi arab dipotong oleh pelanggan lain.
Dalam perkongsian video TikTok yang dimuat naik oleh @hang_jamal, video menunjukkan seorang lelaki berbaju biru berang dan melepaskan marah kepada seseorang individu kerana memotong ‘queue’ semasa hendak membeli nasi arab yang sedang ‘viral’ itu.
Ramai warganet yang memahami perasaan lelaki tersebut kerana rata-rata tahu ramai yang beratur selama berjam-jam untuk membeli nasi ‘viral’ itu. Ada juga yang mencadangkan supaya Chef Ammar supaya mewujudkan sistem nombor untuk pelanggan agar kejadian seperti ini tidak berulang.
Selain itu, sesetengah netizen juga menyatakan tidak sanggup untuk beratur panjang semata-mata untuk nasi arab.