Keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing pada ketika ini pastinya memberi kesan kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah, peniaga barang makanan dan seumpamanya.
Terutama buat peniaga, mereka tidak mempunyai pilihan yang lain sama ada menaikkan harga barang, ataupun mengecilkan barang dagangan masing-masing.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang peniaga yang dipersoal kerana mengenakan caj untuk kuah makanan.
Dalam video TikTok itu, peniaga itu didatangi pelanggan yang ingin membungkus makanan namun keadaan menjadi sedikit kacau bilau kerana lelaki itu mempersoalkan keperluan dicaj untuk lauk kuah semata-mata.
Meskipun peniaga itu sudah memberikan penjelasan panjang lebar, namun pelanggan tersebut masih tidak berpuas hati.
Pada mulanya, peniaga berkenaan telah dikecam kerana meletakkan harga pada hidangan tersebut namun ramai yang membuat pusingan ‘u-turn’ setelah peniaga itu mendedahkan kuantiti kuah yang dibungkus hanya dicaj RM1.
Netizen kemudian merasakan caj yang dikenakan itu masuk akal memandangkan bahan-bahan untuk memasak hatta kuah sekalipun sudah naik harga dan semakin mahal.
Aku bukan peniaga tapi aku faham kenapa dia caj kuah. Kadang pelanggan ambil kuah sampai kering, isi pulak ada lagi. Dah rugi kat situ. – netizen
Apa pendapat anda, kongsikan kepada kami di bahagian komen.