Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman mendedahkan pembantu rumah ibu mentuanya dipercayai melarikan diri bersama barangan kemas bernilai RM300,000.
Bukan itu sahaja, hasil siasatan mendapati pembantu rumah itu turut sempat membelikan kekasihnya telefon bimbit dan telah merancang perkara tersebut sudah lama.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, Hayati bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila pembantu rumah itu akhirnya telah berjaya ditangkap dengan hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis.
Saya sendiri kejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3.00pg.
@yatie_kamarzaman Alhamdulillah doa org ramai, hasil bantuan kenalan terdekat & pihak polis yang cekap akhirnya semuanya selesai malam tadi. Sy sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3.00pg. Kes selesai dan suspek kini di tahan bersama pihak Polis. Bukan semua org yg dtg bekerja ke Malaysia itu niatnya tak elok. Sy juga ada org yang bantu. Alhamdulillah 17thn dgn sy. Kesihatan tak mengizinkan, jadi dia terpaksa balik ke kampung. Dari anak, ipar, suami pernah kerja dgn saya. Dalam gambar ni dia berbaju merah, anaknya di sebelah mak mertua sy. Amanah. Walau 10 sen duit saya di poket tetap di asingkan ke tepi kalau terjumpa. Menjaga anak sy lebih dari menjaga anak sendiri terutama masa mrk kecil. Sy tersangat lah kerap outstation utk bekerja waktu dulu. Semoga menjadi pengajaran termasuk diri sy sendiri. Kekal dgn cita2 dan fokus apa yg ingin diusahakan dlm hidup. Jangan ambil hak org. Jgn distracted dengan org keliling. Kesudahannya pasti makan diri kalau tersasar. Utk org perempuan, jgn kelabu mata dan hati2 dgn ayat manis lelaki yg baru dikenali. Jaga maruah diri
? original sound – Noor Hayati Kamarzaman – Noor Hayati Kamarzaman
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan itu iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut tidak menyangka pembantu rumah itu mengkhianati kepercayaan anaknya.
Maid yang jadi perompak terhormat.. disayangi, ini balasannya. Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tergamak betul mencuri.
Jelas Bonda Rozita, bukan semua pembantu rumah jahat dan mempunyai niat buruk, malah dia meminta orang ramai untuk tidak memburukkan bangsa Indonesia kerana ianya salah disisi Islam.
Yang jahat ni ikut orang juga. Tak semua macam tu, ada ramai lagi yang baik. Yang berdosa dia, kita jangan tambah dosa dekat orang lain yang tak berdosa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.