(VIDEO) Bagi Tips ‘Move On’ Dari Ex, Netizen Puji Mawar Karim – “Dah Lah Cantik, Bijak”

Hiburan

(VIDEO) Bagi Tips ‘Move On’ Dari Ex, Netizen Puji Mawar Karim – “Dah Lah Cantik, Bijak”

Usahawan tudung terkenal, Mawar Karim berkongsi dengan orang ramai mengenai beberapa tips untuk ‘move on’ dari bekas kekasih.

Menerusi temu bual bersama Hijabista, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu menyatakan bahawa dia tidak memiliki pengalaman yang banyak namun hanya berkongsi pendapat peribadi.

Advertisement

Mawar atau nama penuhnya Mawar Abdul Karim berpendapat bahawa penting untuk seseorang mempunyai rasa syukur dan menghargai orang sekeliling.

Saya tak ada tips, pengalaman pun tak banyak tapi yang penting bersyukur dan hargai apa yang ada disekeliling kita.

Menurut model berusia 34 tahun itu, jangan menyesali apa yang sudah terjadi sebaliknya muhasabah diri dan belajar dari pengalaman untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

Kita tak tahu yang depan mata kita ni sampai bila. Tuhan pun maha adil, sebelum kita nak dapat sesuatu yang terbaik, ujian tu mesti ada.

@hijabistamy

Biarlah dia bahagia, kita pun boleh bahagia betul? Jom move on! ikut tip Mawar Karim #iamhijabi #hijabistamagazine

? Motivation Music – Oleg Kirilkov

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut setuju dengan tips yang diberikan oleh Mawar.

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji kecantikan dan kebijaksanaan usahawan itu dalam berkata-kata.

Info tambahan, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maryam, 5 tahun.

Namun begitu, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mengesahkan telah bercerai pada Julai 2019.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Caprice
1 year ago

"3 Lelaki Satu Ofis, 1 Geng Hiking" - Caprice Pening Kepala, Suami Adu Kena Curang Empat Kali Oleh Sang Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...