“3 Lelaki Satu Ofis, 1 Geng Hiking” – Caprice Pening Kepala, Suami Adu Kena Curang Empat Kali Oleh Sang Isteri

Hiburan

“3 Lelaki Satu Ofis, 1 Geng Hiking” – Caprice Pening Kepala, Suami Adu Kena Curang Empat Kali Oleh Sang Isteri

Penyanyi rap dan usahawan Caprice baru-baru ini meluahkan rasa hairan apabila seorang lelaki bergelar suami ada meminta pandangan mengenai permasalahan rumah tangga yang dihadapinya.

Dalam hantaran yang dimuat naik Caprice di Instagram Story, seorang lelaki memberitahu bahawa isterinya telah berlaku curang sebanyak 4 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Isteri saya 4 kali curang dengan 4 lelaki. 3 lelaki satu building ofis, satu geng hiking. Bila lelaki curang, ramai bash lelaki tak setia.

Tapi bila perempuan curang, ramai cakap perempuan tu kurang perhatian dari suami. Now my wife minta cerai. I tak layan permintaan dia selagi dia tak bertaubat dan minta maaf dekat i & my mom..

Difahamkan, si suami berkenaan enggan menceraikan isterinya selagi tidak bertaubat dan menerima permohonan maaf.

CapriceSumber : Instagram  

Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat turut berasa buntu setelah menerima mesej daripada individu itu.

“Makin seram cerita kes skandal dekat tempat kerja. Saya masih tak faham agak-agak apa punca semua ni?” soal Caprice.

Syamsul Yusof peguam ira kazar
1 year ago

"Kiblat Pun Dah Bertukar Ke Sana" - Syamsul Yusof Didakwa Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata 'Bring It On'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...