(VIDEO) Baca Ayat Jampi ‘Halau’ Banjir, Netizen Mohon Raja Bomoh Jangan Tambah Murka Allah

Berita

(VIDEO) Baca Ayat Jampi ‘Halau’ Banjir, Netizen Mohon Raja Bomoh Jangan Tambah Murka Allah

Sejak kejadian menawar diri mencari keberadaan pesawat MH370 suatu ketika dahulu, nama Raja Bomoh seringkali menjadi bualan orang ramai biarpun mendapat tentangan yang hebat.

Sekali lagi namanya menjadi topik utama warganet apabila dia bersama seorang wanita melakukan ritual ‘menghalau’ banjir secara siaran langsung di Facebook miliknya dan dikongsikan semula oleh pengguna TikTok.

Advertisement

Melalui video yang dikongsikan semula itu, pelbagai barang ritual diguna oleh beliau bagi ‘menghalau’ banjir dan dalam pada masa yang sama, wanita disebelahnya membaca ayat-ayat Al-Quran serta jampi serapah dengan senaskah kitab suci di hadapannya.

Setelah tularnya video terbabit di platform tersebut, ramai netizen yang meninggalkan komen berunsur nasihat agar Raja Bomoh serta wanita itu kembali ke pangkal jalan kerana bimbang dengan akidah mereka berdua.

Biarpun ada yang menasihati, terdapat segelintir netizen juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan keatas mereka supaya hal syirik seperti ini tidak berleluasa.

komen tiktokSumber : TikTok 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Bawak-Bawaklah Mengucap" - Video Zarina Anjoulie Cium Iqram Dinzly Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...