(VIDEO) “Awan Terpele’ot” – Jadi Bahan Ejekan Sebab Nyanyian ‘Awan Yang Terpilu’ Teruk, Ning Baizura Kata Sebenarnya…

Hiburan

(VIDEO) “Awan Terpele’ot” – Jadi Bahan Ejekan Sebab Nyanyian ‘Awan Yang Terpilu’ Teruk, Ning Baizura Kata Sebenarnya…

Sebelum ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan penyanyi terkenal, Ning Baizura yang menyanyikan lagu popularnya, Awan Yang Terpilu telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Ning dilihat mengalami kesukaran untuk menyanyikan lagu tersebut sehingga kedengaran sumbang dan tidak sampai.

Advertisement

Lantaran itu, dia telah ‘dibahan’ dan didakwa tidak dapat menyanyi dengan baik seperti dahulu oleh para penonton.

Tampil memberi penjelasan, Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah berkata penonton tidak sepatutnya meularkan video yang pendek sahaja, sebaliknya memuat naik video yang penuh.

Setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak. Saya terkenangkan arwah ayah.

Jelas Ning, video yang tular itu merupakan persembahannya pada malam terakhir dan lagu itu juga adalah lagu yang terakhir. Malah, penonton yang hadir pada malam itu juga  kebanyakannya peminat dan mereka turut merasai perasaan sebak yang dialaminya selain itu juga persembahan terakhirnya.

Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui.

Tambahnya lagi, dia telah membuat persembahan selama empat hari berturut-turut dan pada setiap malam dia akan menyanyikan 20 lagu yang sudah seakan-akan melakukan konsert.

Dalam pada itu, Ning menyifatkan tindakan menularkan video itu sebagai suatu perkara tidak munasabah dan lebih kepada mahu mencari kelemahan dan cuba untuk menjatuhkan dirinya.

Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ustaz kazim elias bersuara apabila difitnah
2 years ago

"Sekarang Zaman Orang Tunggu Masa Nak Hentam Ustaz" - Nama Terpalit Isu Rogol Remaja Bawah Umur, DUKE Tegur Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...