“Sekarang Zaman Orang Tunggu Masa Nak Hentam Ustaz” – Nama Terpalit Isu Rogol Remaja Bawah Umur, DUKE Tegur Media

Hiburan

“Sekarang Zaman Orang Tunggu Masa Nak Hentam Ustaz” – Nama Terpalit Isu Rogol Remaja Bawah Umur, DUKE Tegur Media

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu kecoh satu berita mengenai seorang penceramah bebas berusia 30-an yang dikenali ramai telah di tahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.

Secara tidak langsung segelintir netizen telah membuat spekulasi sendiri dan meneka siapakah gerangan ‘ustaz’ berkenaan hinggakan nama pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias turut tempias dengan isu itu.

Advertisement

Akibat namanya dikaitkan dengan isu terbabit, Ustaz Kazim meluahkan rasa berang kerana tuduhan merogol itu sememangnya satu tuduhan yang amat berat.

Disebabkan hal ini mampu memburukkan imej baiknya terus-menerus oleh individu tidak bertanggungjawab terbabit, Ustaz Kazim tidak mendiamkan diri.

Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya. Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut.

Dalam pada itu, pendakwa itu turut meluahkan rasa kecewa serta terkilan dengan sesetengah pihak media yang tidak jelas apabila menyampaikan cerita terbabit hingga menimbulkan fitnah.

Menerusi ceramahnya, Ustaz Kazim menegur pihak media agar bersikap adil kepada semua golongan dan tidak menggantungkan sesuatu laporan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

penceramah bebas rogol remaja peremouan
2 years ago

"Perangai Serupa Iblis!" - Umpan Belanja Makan Sebelum Rogol, Wanita Bongkar Cerita Kes Penceramah Bebas Rogol Remaja 14 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...