(VIDEO) “Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak” – Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Kehidupan

(VIDEO) “Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak” – Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang anak perempuan yang menangis meraung ketika bapa kesayangan ingin kembali bertugas, pulang ke pangkalan.

Video yang telah dimuat naik oleh ibu kepada anak-anak tersebut telah berjaya mendapat perhatian orang ramai yang turut sebak melihat anak-anak kecil yang tidak mahu berpisah dengan bapa mereka.

Advertisement

Lebih menyayat hati apabila anak perempuan sulung yang baru sahaja pulang dari sekolah dilihat menarik barang-barang dari motor bapanya bagi menghalang bapanya dari pergi bertugas.

askar

Auto mata ibu masuk habuk jugak…

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 4.7M tontonan, 460.3K tanda suka, dan 17.3K komen di laman TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video perkongsian itu malah ada juga yang memahami perasaan anak perempuan tersebut.

@user447694423159

auto mata ibu masok habuk jgk? #warkahcintatentera???#save sni

? bunyi asal – Luqman Hakim – Luqman Hakim

“Macam aku dulu masa kecik. I feel you dik..,” tulis seorang netizen.

“Auto mata aku berkaca, si ayah terpaksa tu keraskan hati, dalam hati menangis meraung tengok anak macam tu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Honda berkumpul
3 years ago

“Sini Jalan Mati..” - Lagi Geng Honda Buat Hal, Perjelas Foto Bergambar Di Lebuh Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...