“Sini Jalan Mati..” – Lagi Geng Honda Buat Hal, Perjelas Foto Bergambar Di Lebuh Raya

Kehidupan

“Sini Jalan Mati..” – Lagi Geng Honda Buat Hal, Perjelas Foto Bergambar Di Lebuh Raya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan menyaman atau memenjarakan mana-mana pihak yang didapati bersalah kerana meletakkan kenderaan di lorong kecemasan Jalan Temiang – Pantai tanpa alasan yang munasabah.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Facebook, netizen telah mempertikaikan tindakan sekumpulan geng kereta Hona yang telah berkumpul secara beramai-ramai di sebuah laluan sehingga menutup sepenuhnya lorong jalan raya tersebut.

Advertisement

 

 

Namun begitu, ada beberapa pihak tampil memaklumkan cerita di sebalik peristiwa tersebut apabila geng Honda itu sebenarnya berkumpul di satu lebuh raya lama yang sudah terbengkalai berlokasi di Jalan Kampung Keruak, Besut, Terengganu.

Kata mereka, aktiviti bergambar itu langsung tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain di mana pembinaan jalan raya tersebut sudah lama terbengkalai dan pihak berkuasa telah pun meletakkan batu penghalang di hujung jalan.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengatakan bahawa lebuh raya yang tidak siap masih lagi dikategorikan sebagai dalam pembinaan dan sebarang pencerobohan ke kawasan tersebut adalah di sisi undang-undang.

Apa-apa pun, sebarang aktiviti berkumpulan dalam jumlah yang ramai perlulah dielakkan agar kita dapat memutuskan rangkaian penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat pada ketika ini.

Honda RFID pakai smart tag
2 years ago

"Honda Lagi.." - Tunjuk SmartTag Di Lorong RFID, Pemandu 'Himpit' Elak Tol Cetus Persoalan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...