Artis dan juga pendakwah dari Indonesia, Oki Setiana Dewi semalam menjadi bahan bualan hangat netizen apabila sepotong videonya memberi ceramah mengenai keganasan rumah tangga menjadi tular di media sosial.
Video yang hangat diperkatakan itu memaparkan pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu bercerita mengenai kisah sepasang suami isteri yang tinggal di Jeddah, Arab Saudi, di mana sang suami telah memukul wajah isteri ketika mereka berdua terlibat dalam satu pertengkaran.
dihhhhhhhhhhhhh pic.twitter.com/SuyEgQI0ev
— apa (@bijikambingg) February 2, 2022
Dalam masa yang sama, ibu bapa si isteri itu tiba-tiba sahaja datang ke rumah dan terus saja risau melihatkan keadaan anak perempuan yang menangis.
Namun, si isteri bertindak menutup tindakan kasar suami terhadapnya dan memberi alasan dia menangis kerana terlalu gembira menerima kedatangan orang tuanya ke rumah.
Kesimpulan cerita yang disampaikan Oki itu adalah mengenai bagaimana harus bertindak jika suami isteri berada dalam situasi sedemikian dan berpendapat bahawa setiap suami isteri tidak perlu mengaibkan pasangan masing-masing.
Isterinya boleh mengadu pada orang tuanya baru dipukul dan ada keganasan rumah tangga. Biasanya perempuan kan suka bercerita hal yang berlebih-lebihan gitu.
Tapi isterinya mengatakan hal sebaliknya. Suaminya luluh hati apabila isteri menyimpan aibnya sendiri. Luar biasa. Makin sayang dan cinta suami itu.
Jelas Oki, tidak perlu cerita-cerita jika ianya mengaibkan pasangan kita sendiri.
Namun, lain pula pendapat netizen yang beranggapan kenyataan Oki itu tidak berasas kerana perlakuan memukul isteri adalah satu keganasan rumah tangga dan bukannya aib yang harus ditutup dan dilindungi.
Nasihat saya kepada isteri di luar sana, kalau suami sudah mula naikkan tangan ke wajah, buat terus laporan polis. – netizen
Pendapat anda bagaimana? Apa pun, pasangan tidak kiralah suami atau isteri itu seharusnya disayangi dan bukanlah untuk ‘ditangan-tangankan’.