“Makin Hitam..” – Dakwa Susu Ibu Tiada Nutrisi, Bayi 34 Hari ‘Disuap’ Susu Kambing Dan Madu

Kehidupan

“Makin Hitam..” – Dakwa Susu Ibu Tiada Nutrisi, Bayi 34 Hari ‘Disuap’ Susu Kambing Dan Madu

Rasanya setiap ibu akan berasa sedih apabila melihat anak tercinta jatuh sakit, lebih-lebih lagi yang baru saja dilahirkan serta yang lebih memeritkan, punca bayi mereka sakit datang dari keluarga terdekat sendiri.

Menurut dari artikel Lobak Merah, memberi madu kepada kanak-kanak sememangnya bagus akan tetapi ianya tidak sesuai untuk diberikan kepada yang dibawah 12 tahun kerana boleh mengancam nyawa mereka.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video perkongsian seorang ibu berasa kesal serta sedih terhadap bayinya yang baru saja berumur 34 hari.

Bayi yang baru dilahirkan itu ‘disuap’ dengan susu kambing serta madu oleh suami dan ibu mentua kerana percaya ianya bagus untuk bayi serta kata mentuanya, susu badan si ibu tidak berfungsi dengan baik dan bayi itu dianggap kurang pemakanan sehingga ‘berkedut’ oleh si nenek.

Tambahan lagi, sejak kejadian terbabit, si bapa dan mentua tidak bertanggungjawab atas kemerosotan keadaan kesihatan anaknya yang semakin kurus.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan pemahaman suami serta ibu mentua wanita terbabit sama sekali adalah salah dan menasihati wanita itu untuk lebih tegas bila berkaitan dengan anak-anak.

Komen TikTokSumber : TikTok  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

KJ
2 years ago

"Saya Sudah Daftar Vaksin Untuk Anak Saya" - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...