(VIDEO) Anak Siti Sarah Peluk Wanita Misteri, Netizen Syak Bakal Ibu Tiri

Hiburan

(VIDEO) Anak Siti Sarah Peluk Wanita Misteri, Netizen Syak Bakal Ibu Tiri

Kecoh seketika di media sosial apabila anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzhahira Talita Zahra dilihat memeluk mesra seorang wanita misteri sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Talita dilihat berbuat demikian dalam sebuah video yang dikongsikan menerusi Instagram arwah Siti Sarah, baru-baru ini.

Advertisement

Malah, kapsyen yang ditulis pengendali akaun tersebut juga seolah-olah memberi ‘hint’ kepada netizen bahawa wanita misteri tersebut sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak Shuib dan Siti Sarah.

Namun begitu, wajah wanita tersebut telah disunting dan menjadi rahsia sehingga ke saat ini.

Menjengah ke ruangan komen, peminat dan juga pengikut Instagram Siti Sarah mula berteka-teki dan ada juga yang mendakwa wanita berkenaan adalah pelakon Wan Sharmila.

Terdahulu, suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib sebelum ini ada membuat pengakuan bahawa sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut masih belum ke tahap yang serius.

Sekadar info, Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat dijangkiti COVID-19 ketika hamil anak ke-4 mereka.

Selain Talita, perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,11, Ariq Matin,6, dan Ayash Affan yang kini berusia 6 bulan.

Shuib sepahtu
3 years ago

“Nanti Perempuan Tu Minta Duit Kat Daddy!” - Anak Lelaki Shuib Tak Mahu Ada Ibu Tiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...