“Nanti Perempuan Tu Minta Duit Kat Daddy!” – Anak Lelaki Shuib Tak Mahu Ada Ibu Tiri

Hiburan

“Nanti Perempuan Tu Minta Duit Kat Daddy!” – Anak Lelaki Shuib Tak Mahu Ada Ibu Tiri

Sering saja mencuri perhatian netizen, kali ini giliran anak lelaki kepada arwah penyanyi Siti Sarah dan Shuib Sepahtu, Ariq Matin mempunyai ‘pandangan’ berbeza mengenai soal ibu tiri.

Gelagat Matin itu boleh dilihat di dalam hantaran terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah di mana si kecil itu tidak mahu mempunyai ibu tiri yang baru kerana bimbangkan si ayah, Shuib.

Advertisement

Kata Matin, dia enggan wang milik Shuib ‘dikebas’ oleh ibu tiri yang baru.

Sebab tak bazir duit. Nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit..dekat daddy! Nanti kita jadi miskin.

Reaksi Matin itu ternyata telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat Matin yang sangat jujur apabila berkata-kata.

Terdahulu, pengusaha francais minuman Bubble Bee itu mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang tetapi hanya dalam fasa berkawan.

Isteri Shuib, penyanyi terkenal Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat dijangkiti virus COVID-19.

Hasil perkahwinan Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin,6, dan Ayash Affan yang kini berusia 5 bulan.

Shuib
2 years ago

"Kadang Rasa Diri Macam 'Lego' Bila Orang Sibuk Jodohkan Saya" - Shuib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...