Umum sedia tahu apabila kita berada di jalan raya dan sekiranya ada bunyi siren ambulan kita perlulah memberi ruang kepada kenderaan berkenaan kerana ia adalah kecemasan.
Namun begitu, ada sesetengah pemandu yang tidak mempunyai adab di jalan raya yang mengambil kesempatan apabila bunyi siren dibuka.
Itulah yang ditunjukkan dalam video perkongsian @majoritiofficial di TikTok di mana ia menunjukkan sebuah van mengikut rapat ambulan yang berada dalam kecemasan.
Menerusi ‘caption’ video berkenaan, kejadian itu berlaku di Pasir Gudang arah Perling sekitar pukul 6.34 petang pada hari Selasa apabila pemandu van itu mengambil kesempatan untuk mengelak lalu lintas dengan ‘mencucuk’ rapat bahagian belakang ambulan.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemandu van berkenaan.