Penerbit dan pengarah terkenal, A. Aida baru-baru ini mengumumkan karya terbaru terbitan syarikat produksinya, A.Aida Production Sdn. Bhd.
Dalam perkongsiannya itu, A.Aida memperkenalkan Tash Yong dan seorang lagi pelakon baharu sebagai bintang yang bakal membintangi drama terbitannya itu.
Dia dalam pada itu sempat berseloroh kepada pelakon itu untuk tidak menarik diri pada saat terakhir.
Malah, dia juga berkata akan menyaman sesiapa yang berani untuk berbuat demikian.
Korang jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri. Aku saman korang berdua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah ‘faham’ dengan kenyataan A.Aida itu.
Kata mereka, penerbit itu seolah-olah ingin menyindir seorang pelakon wanita yang pernah terpalit kontroversi bersama A.Aida sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.