“Mangkok Ayon..” – Ika Nabella Kena ‘Scam’ Beli Beg Mewah, Rugi RM7.6K

Hiburan

“Mangkok Ayon..” – Ika Nabella Kena ‘Scam’ Beli Beg Mewah, Rugi RM7.6K

Pelakon Ika Nabella baru-baru ini berkongsi pengalaman ditipu pembeli peribadi (personal shopper) barangan mewah sehingga menelan kerugian sebanyak RM7.6K.

Ujar Ika, dia ada berurusan dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Personal Shopper dan telah bersetuju untuk membeli sebuah beg tangan berjenama Bottega Veneta.

Advertisement

Ika kemudian membayar harga penuh beg tersebut pada 2 Ogos lalu dan selepas melakukan transaksi tersebut, pelakon itu disekat di Instagram penipu berkenaan.

Ada sesiapa pernah berurusan dengan wanita ini? Laporan polis telah dibuat semalam dan saya sedang berusaha menjejaki si bodoh ini.

Suka hati scam (tipu) duit orang ya Siti Aishah Remlee. Selepas itu diam. Bila saya mesej (DM), pandai pula tutup Instagram. Pengikut bukan main ramai, rupa-rupanya penipu.

Alasan saya beli dengan ‘mangkok ayon’ ni sebab dia ada stok beg yang saya mahukan tu dan kami berurusan pada saat akhir. Perkongsian ini bertujuan untuk kesedaran supaya tiada pengikut saya yang kena tipu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tampil meninggalkan komen berbaur simpati dan meminta Ika untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nd lala cerai fauziah
9 months ago

"Bertahun-Tahun Hidup Dalam Penipuan" - Fauziah Reda Diceraikan ND Lala, Mahu Hidup Tenang & Sempurna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...