“Bertahun-Tahun Hidup Dalam Penipuan” – Fauziah Reda Diceraikan ND Lala, Mahu Hidup Tenang & Sempurna

Hiburan

“Bertahun-Tahun Hidup Dalam Penipuan” – Fauziah Reda Diceraikan ND Lala, Mahu Hidup Tenang & Sempurna

Susulan daripada lafaz perceraian yang dilafazkan penyanyi Datuk ND Lala terhadap isteri, Datin Fauziah Sarman, ibu kepada penyanyi Shila Amzah memaklumkan bahawa dia reda dengan ketentuan itu.

Fauziah ada memuat naik hantaran panjang lebar mengenai kisah perceraiannya itu di Instagram bertujuan untuk mengelak fitnah dan memberi kenyataan daripada pihaknya.

Advertisement

9 months ago

(TERKINI) 34 Tahun Bersama Akhirnya Berpisah, Isteri Dedah ND Lala Lafaz Cerai Melalui WhatsApp

Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.

Ujarnya lagi, dia tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dan menerimanya dengan hati yang positif.

Doakan saya untuk terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.

Terdahulu, Fauziah ada memuat naik foto seorang wanita dipercayai mencuba menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

ig fauziahSumber : Instagram  

Dia juga dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April bagi tujuan memfailkan perceraian terhadap bekas suami namun dinafikan anak bongsunya, Syada Amzah.

Sekadar info, Fauziah dan ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...