(Video) Aksi Gadis Tik Tok Ini Mengundang Padah Apabila Harmonika Tersekat Di Dalam Mulut

Trending

(Video) Aksi Gadis Tik Tok Ini Mengundang Padah Apabila Harmonika Tersekat Di Dalam Mulut

Aplikasi Tik Tok kini semakin mendapat sambutan sebagai platform untuk rakamkan video pelbagai jenis. Walaupun pernah mendapat kecaman dahulu, tapi nampaknya disebabkan sambutan yang tinggi dari pengguna menjadikan aplikasi ini antara yang sering digunakan oleh golongan muda.

2026-05-12 12:36:56

Fathi Na’im Dilepas Dan Dibebaskan Atas Satu Pertuduhan Rog*l Remaja 14 Tahun

Advertisement

Nasib malang menimpa gadis ini apabila aksi bahayanya mengundang padah. Mollie O’Brien dari Kanada memasukkan alat muzik harmonika ke dalam mulutnya untuk hiburkan saudaranya. Tetapi tanpa disangka-sangka, harmonika itu tersekat di dalam mulutnya dan tak dapat dikeluarkan.

tik tok

Aksi bahayanya itu sempat dirakamkan di akaun Tik Tok miliknya sebelum dia bergegas mendapatkan bantuan perubatan untuk keluarkan harmonika tersebut. Video yang dimuatnaik itu hanyalah video ketiganya di platform itu namun sudah mendapat lebih 1.7 juta tontonan.

Walaupun ramai menganggap video itu sangat lucu dan menghiburkan, dia memberitahu sangat menyesal melakukan aksi itu dan bersyukur segalanya berakhir dengan selamat. Tambahnya lagi, sepanjang proses itu dia tidak dapat bercakap dan hanya bergantung kepada video dan kapsyen untuk bercakap.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.