Fathi Na’im Dilepas Dan Dibebaskan Atas Satu Pertuduhan Rog*l Remaja 14 Tahun

Berita

Fathi Na’im Dilepas Dan Dibebaskan Atas Satu Pertuduhan Rog*l Remaja 14 Tahun

Penceramah bebas, Fathi Na’im dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan seksual melibatkan seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah hotel lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Tasnim Abu Bakar terhadap Fathi Na’im atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Advertisement

fathi naim

“Pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan. Oleh demikian, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini,” kata Hakim Tasnim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun ketika kejadian di sebuah hotel di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara jam 2 pagi hingga 10 pagi pada 3 Disember 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

faSumber : Kosmo Online  

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Pervinah Mohd. Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Untuk makluman, mangsa dalam kes pertuduhan hari ini merupakan mangsa sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Klang.

Sebelum ini pada 18 September tahun lalu, Fathi Na’im dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan sama dan amang seksual terhadap remaja mangsa sama.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, dengan prosiding perbicaraan dijalankan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya mendapatkan penangguhan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Walaupun empat pertuduhan telah diputuskan, Fathi Na’im masih berdepan enam lagi pertuduhan seksual membabitkan mangsa yang sama. – KOSMO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

k
2026-05-11 13:57:20

Tokoh Kewangan Islam, Rakan Kongsi Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah RM10.55 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...