Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, nama Cef Ammar seringkali disebut kerana nasi arabnya yang viral menimbulkan pelbagai isu antara pembeli.
Oleh kerana nasi arab itu menjadi terlalu famous, ada individu yang bijak menggunakan peluang tersebut untuk mencari duit lebih daripada penjualan nasi arab lamb shank popular itu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok yang dikenali sebagai @a.xyuuu, orang mula mengelakkan diri dari beratur panjang untuk membeli nasi arab itu, sebaliknya membayar lebih kepada ‘reseller‘ untuk mendapatkan nasi tersebut.
Video itu menunjukkan, sesetengah pelanggan sanggup membayar lebih iaitu RM65 daripada harga asal nasi itu iaitu RM50.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan tanda sokongan kepada reseller dan tidak kisah untuk membayar lebih RM15 dari terpaksa beratur panjang semata-mata untuk membeli nasi arab yang dijual oleh Cef Ammar itu.
Sebelum ini, viral di kedai Cef Ammar di mana sesetengah pelanggan menunjukkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat membeli nasi arab dan ada juga yang marah kerana barisannya dipotong semasa beratur untuk mendapatkan makanan tersebut.