Seorang wanita baru-baru ini meluahkan rasa geram di media sosial TikTok apabila dia mendakwa telah ‘dihalau’ dari tempat makan oleh suami kepada seorang wanita hamil dengan alasan isterinya mengidam untuk makan di restoran yang sama.
Wanita yang dikenali sebagai Huzaifah itu berkongsi rasa kesal itu setelah berhadapan dengan situasi mengidam ibu hamil ketika mahu bersarapan di sebuah warung.
Mengidam benda pelik-pelik
Cerita Huzaifah, dia dan anak sedang menunggu makanan dihantar ke meja sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai suami wanita hamil tersebut.
Jelas Huzaifah, masih banyak lagi tempat kosong di dalam warung tersebut namun lelaki berkenaan berkeras mahu duduk di meja tempat mereka makan.
Aku dah letak baby chair untuk anak aku, bini dia terus tarik kerusi, duduk tanpa cakap apa-apa.
Terus duduk di meja makan, alasan mengidam
Tidak semena-mena, si isteri kepada lelaki itu terus menarik kerusi dan duduk di meja makan tersebut meskipun Huzaifah dan anak masih belum berganjak dari tempat duduk.
Alasan lelaki itu, isterinya yang sedang sarat hamil itu benar-benar mengidam untuk duduk di meja berkenaan dan kononnya mereka berdua selalu duduk di tempat yang sama setiap kali berkunjung makan di warung itu.
Bini saya mengandung kot kak, akak p tempat lain, banyak lagi. Dia arah aku pergi tempat lain.
Apa yang menjadi kekesalan Huzaifah adalah tindakan suami isteri itu yang tidak berbudi bahasa dan menunjukkan adab yang tidak baik sekaligus membuatkan wanita itu terus membatalkan pesanan dan beredar dari situ.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa ibu mengandung tersebut tidak perlu ‘melayan’ mengidam yang mengarut sehingga menganggu kehidupan orang lain.
“Aku pun pregnant, tapi takdela mengidam kebulur sampai kena halau orang kat meja. Even nak bagi meja dulu pun aku tolak sambung je beratur.” komen seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.