(VIDEO) Nenek Dipukul ‘Owner Glamping’ Selepas Mengadu Bakar Sampah Belakang Rumah, Ini Rupanya Kisah Sebenar…

Kehidupan

(VIDEO)  Nenek Dipukul ‘Owner Glamping’ Selepas Mengadu Bakar Sampah Belakang Rumah, Ini Rupanya Kisah Sebenar…

Tular satu video di aplikasi X memaparkan seorang nenek dipukul oleh seorang lelaki didakwa pemilik sebuah kawasan rekreasi ‘glamping’ di Melaka.

Dalam video tersebut, nenek tua itu dipukul lelaki tersebut dengan sebatang kayu dan turut mengandungi kata-kata carutan daripada kedua belah pihak.

Advertisement

Nenek itu kemudian masuk ke perkarangan rumah setelah dipukul bertubi-tubi di kawasan semak.

Video berdurasi 30 saat itu kemudiannya menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya geram dengan tindakan pemilik ‘glamping’ tersebut.

Penjelasan pemilik glamping

Berikutan tularnya video tersebut, pemilik kawasan rekreasi itu kemudiannya tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku.

Nenek tua cina ni pukul nenek yang bekerja di glamping kami, Nenek yang di pukul itu umur 70 tahun. Nampak tak dia bawa kayu. Video yang pihak sana share dah crop!

Tunjuk dia kene pukul, padahal pihak kami halau dia dan rampas kayu agar dia tak pukul lagi. Hari ini sangat melampau sampai pukul staff glamping. Kami sekadar mempertahankan diri. Berlaku pergelutan tapi video di crop agar nampak pihak jiran kami tak salah.

Penjelasan cucu nenek yang dipukul dalam video

Sementara itu,  cucu nenek yang didakwa memukul pekerja glamping tersebut, Grace Tai menjelaskan bahawa kawasan rumah neneknya itu telah dicemari dengan pembakaran terbuka serta dipenuhi sampah-sampah hasil pembuangan daripada tapak rekreasi itu.

Perkara tersebut menjadi barah dan berlanjutan terlalu lama sehingga memuncak kepada insiden pukul memukul yang berlaku terhadap neneknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Presiden persatuan seni silat cekak
3 months ago

"Dia Bukan Pukul Orang, Saya Tak Nampak Apa Salah" - Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Pertahan Aksi Silat Depan Masjid Nabawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...