(VIDEO) “Air Matamu, Air Mataku Jua..” – Sabri Yunus Kongsi Video Angeline Tan Menangis Depan Kaabah

Hiburan

(VIDEO) “Air Matamu, Air Mataku Jua..” – Sabri Yunus Kongsi Video Angeline Tan Menangis Depan Kaabah

Pelakon versatil, Sabri Yunus baru-baru ini ada berkongsi video yang bikin netizen dan juga peminat di luar sana berasa sebak dan terharu.

Dalam video yang kemudiannya menjadi tular itu, kelihatan isteri Sabri, aktres Angeline Tan menangis menahan sebak ketika menadah tangannya memohon doa di hadapan Kaabah buat pertama kali dalam hidupnya.

Advertisement

Air matamu air mataku jua, semoga Allah memelihara kita.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar urusan pasangan suami isteri ini dipermudahkan dan rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke syurga.

Netizen juga menzahirkan perasaan terharu apabila melihatkan Angeline terpilih untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci.

Sekadar info, Angeline Tan yang terkenal dengan drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu bersama Sabri sekitar 90-an dulu telah memeluk Islam pada 26 September yang lalu.

Angeline atau nama muslimnya, Ardini Angeline Tan kemudiannya bernikah dengan Sabri Yunus pada 14 Oktober lalu.

Kedua-duanya terbang ke tanah suci untuk menjalani ibadah umrah pada 10 Disember lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nora
4 months ago

"Jodoh Rahsia Allah, Nak Komen Jangan Terlalu Berlebihan" - Nora Ariffin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...