“Jodoh Rahsia Allah, Nak Komen Jangan Terlalu Berlebihan” – Nora Ariffin

Hiburan

“Jodoh Rahsia Allah, Nak Komen Jangan Terlalu Berlebihan” – Nora Ariffin

Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin terpanggil untuk menegur segelintir netizen yang berprasangka buruk mengenai jodoh seseorang.

Kata Nora, setiap orang haruslah berpada-pada dalam meninggalkan komen di media sosial kerana setiap manusia akan diuji dengan perkara yang mereka benci.

Advertisement

Jodoh adalah rahsia Allah, sama seperti ajal. Dulu saya pernah cakap tidak mahu berkahwin lagi. Namun kita tidak tahu apa akan terjadi kepada kita kemudian hari. Sama seperti ajal dan rezeki.

Orang boleh bercakap apa saja. Semestinya mereka boleh menurunkan komen tapi jangan berlebihan. Kerana Allah akan uji apa yang kita tidak suka.

Tambahnya, setiap orang berhak merasa bahagia dan turut mengajak masyarakat untuk mendoakan kebaikan buat mereka.

Orang kalau nak bercakap, mereka akan bercakap apa sahaja. Tapi, kata-kata itu tak memberi kesan kepada mereka (pengantin).

Mereka ada hak untuk bahagia sama seperti kita yang inginkan kebahagiaan juga.

Sekadar info, suami kepada Nora, Johan Nawawi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2017.

Nora kemudian mendirikan rumah tangga bersama seorang pensyarah, Dr Rushdi Ramli pada Disember 2021.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sheila rusly sharifah shahora maria tunku sabri
4 months ago

"Hilang Perasaan Malu.." - Sheila Rusly Dan Rakan Selebriti Jadi Tumpuan, Gayakan Baju Tertera Imej 'Bikini' Dan Seluar Dalam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...