(VIDEO) 40 Tahun Hidup Menjanda, Nenek Ini Kahwini Lelaki Muda Beza Umur 19 Tahun

Kehidupan

(VIDEO) 40 Tahun Hidup Menjanda, Nenek Ini Kahwini Lelaki Muda Beza Umur 19 Tahun

Kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan segala urusan rezeki, jodoh serta ajal dan maut yang telah ditetapkan olehNya.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok apabila kisah seorang warga emas yang telah lama hidup menjanda telah bertemu jodoh dengan jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Advertisement

Difahamkan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Mama Norlie itu kini berusia 63 tahun dan sudah 40 tahun hidup sendirian setelah kematian suami.

Mama Norlie kemudiannya telah menemui cinta kedua bersama jejaka pilihan dan semalam mendirikan rumah tangga pada 9 Januari lalu.

Apa yang menariknya adalah jarak usia pasangan pengantin ini adalah 19 tahun.

TikTok Nenek kahwini lelaki mudaSumber : TikTok  

Alhamdullilah syukur, nenek angkat Baby Najla dah selamat jadi bini orang. Walaupun atuk muda 19 tahun dari nenek, kita yakin pada Allah, dia dapat jaga nenek hingga hujung nyawa nenek.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu dan mendoakan agar kedua pasangan mempelai ini bahagia sehingga ke syurga.

Namun, ada juga yang mendakwa lelaki itu bernikah hanya semata-mata untuk membolot harta isteri barunya itu. Wah, macam drama pula ya.

Apa-apapun, sama-sama kita doakan Mama Norlie bahagia bersama suami barunya itu!

Parkir RM6,000 sejam
3 years ago

Sejam Parkir Kereja, Wanita Ini Dikenakan Caj Hampir RM6,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...