Sejam Parkir Kereja, Wanita Ini Dikenakan Caj Hampir RM6,000

Kehidupan

Sejam Parkir Kereja, Wanita Ini Dikenakan Caj Hampir RM6,000

Tular di media sosial TikTok semalam apabila seorang wanita meluahkan rasa terkejut melihat harga parkir yang dipamerkan di mesin mencecah hampir RM6,000.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @mummyjylo2 itu mengundang pelbagai respon yang rata-ratanya tidak percaya memandangkan wanita itu hanya parkir selama satu jam di kawasan tempat letak kereta yang dipercayai berlokasi di Sentul.

Advertisement

Difahamkan, harga caj parkir bagi setiap satu jam hanyalah RM3 seperti yang dipaparkan di papan maklumat parkir bangunan itu.

Maklum wanita itu, dia pada mulanya dikehendaki membayar harga parkir tersebut oleh pihak pengurusan terbabit.

Sejam juga berurusan dengan pihak pengurusan parkir baru selesai, sampai cakap nak buat laporan baru mereka semak pada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Setelah diperiksa, pihak pengurusan mendapati terdapat kesilapan teknikal pada mesin dan jumlah sebenar perlu dibayar oleh wanita itu hanyalah RM3 sahaja.

Parkir sentul sejam Rm5kSumber : Tiktok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi tidak puas hati dan meminta wanita itu untuk mendedahkan lokasi tapak parkir tersebut agar tiada sesiapa yang akan menerima nasib yang sama di kemudian hari.

Bayi lapan bulan ditampar pengasuh
2 years ago

Kerap Muntah, Bayi Lapan Bulan Ditampar Pengasuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...