Penantian sememangnya perkara yang memenatkan, akan tetapi setiap kesabaran pastinya akan diberikan ganjaran yang setimpal.
10 tahun menunggu untuk mendapatkan zuriat, penantian lelaki ini terhenti apabila mendapat tahu bahawa isterinya mengandung dan menghitung hari untuk bergelar seorang bapa.
Berkongsi detik kegembiraan di TikTok, dapat dilihat reaksi si suami menerima berita kehadiran cahaya mata setelah sekian lama menunggu.
Si isteri turut menceritakan lebih lanjut bahawa suaminya pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini tetapi tidak dikurniakan sebarang zuriat.
Membina rumah tangga pada bulan Februari, wanita itu turut memberitahu bahawa dia mempunyai endometriosis yang boleh menyebabkan kesusahan untuk hamil.
Walau bagaimanapun, sebulan dalam perkahwinan tanpa disangka dirinya hamil dan serta merta membuat kejutan untuk suaminya.
Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah dan menumpang gembira ke atas rezeki yang diberikan Allah SWT kepada kedua-dua pasangan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.