Varian Koronavirus Baru Telah Dikesan Cetus Rasa Bimbang Penduduk Seluruh Dunia – “Dapat Merebak Ke Sel Manusia, Cara Yang Serupa..”

Berita

Varian Koronavirus Baru Telah Dikesan Cetus Rasa Bimbang Penduduk Seluruh Dunia – “Dapat Merebak Ke Sel Manusia, Cara Yang Serupa..”

Melalui laporan Sinar Harian, penyelidik di Institusi Virologi di China telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baru yang dikenali sebagai HKUS-CoV-2, dimana ia disyaki boleh merebak melalui manusia.

Ditemui dalam kelawar, sama macam COVID-19

Menurut pakar Virologi, Shi Zhengli, varian tersebut ditemui hidup dalam haiwan kelawar dan ia berkongsi ciri yang mirip dengan virus penyebab pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dua tahun lalu.

Advertisement

Varian koronavirus baru

Ujian menunjukkan HKU5-CoV-2 dapat merebak ke dalam sel manusia melalui cara serupa dengan SARS-CoV-2, malah ia juga boleh menyebabkan risiko tinggi sama ada jangkitan langsung atau hos perantaraan.

Penyebab gejala sakit serius, boleh maut

Difahamkan, virus ini boleh menyebabkan sejumlah gejala sakit serius termasuklah, sesak nafas, cirit-birit, demam, muntah dan boleh membawa kepada maut.

Varian koronavirus baru

Kata pakar, mereka masih belum menjumpai vaksin untuk melawan penyakit berjangkit ini, malah memberi sepenuh perhatian terhadap kemungkinan ancaman penyakit terutama untuk individu yang mempunyai rekod perjalanan ke negara atau kawasan habitat kelawar.

Covid death
3 years ago

Bekas Pesakit COVID-19 Tahap Serius Berdepan Risiko Kematian Dalam Tempoh Setahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...