Bekas Pesakit COVID-19 Tahap Serius Berdepan Risiko Kematian Dalam Tempoh Setahun

Berita

Bekas Pesakit COVID-19 Tahap Serius Berdepan Risiko Kematian Dalam Tempoh Setahun

Sebuah kajian terbaharu mendapati bahawa bekas pesakit COVID-19 di tahap serius mempunyai risiko dua kali ganda berdepan kematian dalam tempoh setahun selepas pulih daripada wabak tersebut.

Penyelidikan dan kajian terbaharu itu dilaporkan telah diterbitkan menerusi Frontier In Medicine.

Advertisement

2 years ago

"Tak Ada Benda Lagi Bagus Ke Kamu Boleh Buat?" - Syed Saddiq Dikecam Pakai Kemeja Pergi Suntik Booster

Covid 19 patient

Malah, peningkatan risiko kematian lebih tertumpu kepada pesakit yang berumur di bawah 65 tahun dan 20 peratus daripada pesakit COVID-19 tahp teruk telah meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi wabak itu seperti masalah pernafasan dan darah beku.

Sehubungan itu, penting untuk golongan berisiko tinggi untuk mengambil vaksin bagi mencegah komplikasi teruk sekiranya dijangkiti wabak membunuh itu.

Selain risiko kematian, pesakit yang berusia turut menghadapi realiti ‘Long Covid’ di mana mereka akan mengalami gejala seperti keletihan dan sesak nafas selama beberapa bulan selepas dijangkiti.

COVID-19Sumber : Google  

Kajian tersebut juga mendapati pesakit yang pulih daripada COVID-19 tahap teruk berumur di bawah 65 tahun menunjukkan peningkatan 233 peratus meninggal dunia berbanding dengan mereka yang tidak dijangkiti.

Memandangkan kematian yang berlaku adalah dalam tempoh setahun selepas pulih, pesakit biasanya tidak dikaitkan dengan wabak itu malah 80 peratus daripada kematian biasanya berlaku disebabkan pelbagai alasan yang tidak berkaitan COVID-19.

“Mendapatkan rawatan di hospital dan berjaya pulih tidak memberikan gambaran penuh tentang kesan COVID-19. Sebab itu penting untuk mengambil langkah pencegahan seperti vaksinasi dalam usaha melindungi diri daripada mengalami gejala teruk sekiranya dijangkiti.” memetik laporan The Star.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...