Vanessa Tak Sedap Hati Rai Krismas, Tetap Fikir Nasib Mangsa Banjir

Hiburan

Vanessa Tak Sedap Hati Rai Krismas, Tetap Fikir Nasib Mangsa Banjir

Tidak sedap hati memikirkan nasib mangsa banjir, penyanyi Vanessa Reynauld meraikan Krismas dengan mengehadkan perkongsian hari istimewa tersebut dalam laman sosial.

Thalia ATNM
3 bulan lalu

"Juri Bagi Komen Pun Alahai.." - Thalia Ungkap All Together Now Malaysia Bukan Tempatnya

Advertisement

Menurut Vanessa, dia tetap memikirkan soal kebajikan dan nasib mangsa banjir biarpun dikelilingi keluarga tersayang sempena menyambut Krismas.

Sudah tentu saya tidak sedap hati hendak menyambut Krismas kerana memikirkan ada orang yang sedang berlapar, tak cukup makan dan sebagainya.

Vanessa turut memberitahu yang dia juga membantu mangsa banjir dengan menyumbang barangan keperluan seperti tuala wanita, susu, panadol, ubat selesema, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.

Dengan itu, hati saya sedikit lega dan diharap usaha ini dapat menolong mereka yang memerlukan

Tambah Vanessa, penularan varian baharu, Omicron dan kadar jangkitan Covid-19 yang masih tinggi juga membuatkan sambutan Krismas sedikit terjejas selain bencana banjir yang melanda negara.

Vanessa Reynauld

Advertisement

Dalam pada itu, Vanessa juga memaklumkan yang sambutan Krismas tahun ini agak terhad disebabkan banyak bencana tidak disangka yang berlaku malah gereja juga tidak boleh memuatkan semua orang pada masa sama.

Bagaimanapun, Vanessa yang meraih perhatian menerusi program The Masked Singer Malaysia tetap bersyukur kerana masih dapat berkumpul dengan keluarga tersayang dan meraikan Krismas bersama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...