“Vaksin Percuma Tak Mahu Ambil..” – Anti-Vaksin Sanggup Bayar RM2,500 Demi Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Palsu

Berita

“Vaksin Percuma Tak Mahu Ambil..” – Anti-Vaksin Sanggup Bayar RM2,500 Demi Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Palsu

Tular di media sosial Twitter apabila seorang pengguna telah memuat naik sebuah tangkap layar perbualan seorang individu yang menawarkan servis penjualan sijil digital vaksinasi COVID-19 MySejahtera palsu yang mencecah harga RM2,500 setiap satu.

Ia sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen apabila perkara itu seolah-olah menjadi pencetus kepada penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan negara pada ketika ini.

Advertisement
Sijil Vaksinasi PalsuSumber : Google  

Dalam tangkap layar perbualan tersebut, individu itu dilihat sedang memberi info dan cara-cara bagi mendapatkan sijil vaksinasi palsu itu.

Difahamkan sijil tersebut akan menggunakan nama sebenar mereka yang masih belum divaksin selain dijamin selamat untuk digunakan terhadap pihak berkuasa.

Malah, lebih menjengkelkan apabila segala maklumat juga akan dirahsiakan serta harga setiap satu sijil palsu yang dikeluarkan akan menjadi lebih murah jika mengajak rakan-rakan yang lain untuk menggunakan servis itu.

 

Menjengah ke ruangan komen hantaran Twitter itu, ramai netizen tidak berpuas hati dan merasakan golongan anti vaksin ini sebagai tidak cerdik kerana sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelak diri mereka daripada divaksin.

“RM2,500 padahal vaksin itu percuma, maka betul antivaksin ini bebal.” tulis seorang netizen.

Komen netizen lagi, mengapa ada yang  memilih untuk membayar harga yang tinggi untuk perkara yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sendiri dan masyarakat sedangkan vaksin yang disediakan kerajaan adalah percuma, tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.

Khairy Jamaluddin
3 years ago

Malaysia Tidak Mampu Laksanakan 'Lockdown' Sekali Lagi - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...