Malaysia Tidak Mampu Laksanakan ‘Lockdown’ Sekali Lagi – Khairy Jamaluddin

Berita

Malaysia Tidak Mampu Laksanakan ‘Lockdown’ Sekali Lagi – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia kini tidak mampu untuk melaksanakan sekatan pergerakan ‘lockdown’ sekali lagi terutamanya dari segi ekonomi dan juga kebajikan rakyat.

Ujar Khairy menerusi satu untaian di Twitter miliknya., kerajaan kini memilih strategi  mitigasi bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat.

Advertisement

Namun begitu, Khairy mengakui pendekatan negara China melaksanakan lockdown berkesan namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau zero COVID bermaksud sekatan sepenuhnya bila ada hanya tiga kes positif.

Jelasnya lagi, Malaysia telah menguruskan kes positif dengan berkesan berikuta kadar vaksinasi yang tinggi selain sering mengingatkan rakyat agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kadar kematian, penggunaan Unit Rawatan Rapi dan juga kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.

Sementara itu, Khairy juga menzahirkan sokongan penuh kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam menjalankan tugasnya.

Kenyataan itu dikeluarkan Menteri Kesihatan itu sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan tanggungjawab Dr Noor Hisham yang asalnya seorang pakar bedah dan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kepakaran kesihatan awam.

PKP OMicron
2 years ago

Kes Varian Omicron Semakin Meningkat, Rakyat Dah Pasrah Jika PKP Dilaksanakan Kembali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...