Ustazah Tertekan Minyak Kereta Hingga Ragut Nyawa Pelajar Berdepan Penjara 10 Tahun

Berita

Ustazah Tertekan Minyak Kereta Hingga Ragut Nyawa Pelajar Berdepan Penjara 10 Tahun

Seorang ustazah berusia 57 tahun yang dipercayai tertekan pedal minyak ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga merempuh pelajar di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas bakal berdepan tindakan mahkamah, petik Kosmo Online.

Ketua Polis Kelantan, Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM50,000 serta penjara lima hingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Advertisement

wanita cikgu

Menurut beliau, guru tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Guru tersebut akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Terdahulu, kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari Ahad lalu apabila mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin, 13, maut selepas dirempuh sebuah SUV jenis Honda HR-V di dalam kawasan sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati pemandu dipercayai tertekan pedal minyak sebelum kenderaan itu terbabas ke hadapan dan melanggar dua pelajar perempuan.

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Dibawa Ke Mahkamah Untuk Proses Reman

“Pemandu kenderaan itu dipercayai tertekan pedal minyak sebelum terbabas ke depan sehingga terlanggar dua orang pelajar perempuan,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala di lokasi kejadian, sekali gus meruntun hati ahli keluarga apabila jasadnya ditemui di dalam kawasan surau sekolah tersebut.

Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hahf
2026-04-13 10:39:34

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Dibawa Ke Mahkamah Untuk Proses Reman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...