“Ustaz Pun Dia ‘Sapu'” – ‘Kantoi’ Curang Dengan 6 Lelaki, Terbongkar Kekasih Rupanya Sudah Bersuami

Kehidupan

“Ustaz Pun Dia ‘Sapu'” – ‘Kantoi’ Curang Dengan 6 Lelaki, Terbongkar Kekasih Rupanya Sudah Bersuami

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kisah seorang lelaki tampil mendedahkan sikap kekasihnya yang telah berlaku curang dengan 6 lelaki.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok itu, wanita itu dilihat menangis teresak-esak ketika ‘kantoi’ tidur sebantal dengan lelaki oleh teman lelakinya dalam sebuah rumah.

Advertisement

Curang 6 lelaki

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki tersebut mendakwa kekasihnya itu sudah berkali-kali main kayu tiga di belakangnya sejak dari tahun 2021 lagi.

Tahun 2021 pertama kali dia kantoi curang dan berjalan dengan seorang ustaz, saya masih maafkan. Kali kedua pada bulan Disember, dia mesej dengan bekas suaminya panggil sayang. Kali ketiga tahun 2022, dia pergi apartment dengan pemandu. Tetap juga saya maafkan.

Lebih menyedihkan apabila wanita itu turut menjalinkan hubungan bersama rakan teman lelakinya itu.

Pada Mac 2023, lelaki tersebut akhirnya mendapat tahu bahawa teman wanitanya itu sebenarnya telah pun bergelar isteri orang.

curang 6 lelaki

Dia kemudian minta bantuan saya untuk lepaskan dia dari suami (pemandu) itu dan saya tolong. Kami kemudian berbaik, tetapi seminggu kemudian, dia lagi sekali buat hal dan ditangkap tidur dengan seorang lelaki di rumah sewanya.

Setelah ditipu berkali-kali, lelaki itu kemudiannya mengundur diri dan membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan rasa geram dengan tindakan wanita tersebut dan berharap agar lelaki tersebut dapat bertemu dengan insan yang lebih menghargainya selepas ini.

Muar alih motosikal
11 months ago

(VIDEO) Hanya Minta 'Superbike' Dialihkan, Penunggang Beriya Tadah Tangan Minta Doa Kedai Makan Bankrap

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...