(VIDEO) Hanya Minta ‘Superbike’ Dialihkan, Penunggang Beriya Tadah Tangan Minta Doa Kedai Makan Bankrap

Kehidupan

(VIDEO) Hanya Minta ‘Superbike’ Dialihkan, Penunggang Beriya Tadah Tangan Minta Doa Kedai Makan Bankrap

Tular di media sosial hari ini berkenaan sebuah hantaran video dan foto memaparkan beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi bersikap biadab dan tidak bertanggungjawab.

Dalam hantaran itu, pemilik restoran berkenaan telah meminta penunggang motosikal itu untuk mengalih kenderaan mereka yang diparkir di kaki lima premis tersebut.

Advertisement

Kejadian itu difahamkan telah berlaku di sebuah restoran yang terletak di Muar, Johor.

Selepas motosikal itu dialih, seorang daripada mereka dilihat berada dalam keadaan  marah dan ingin mengasari peniaga tersebut kerana tidak puas hati kenderaannya dialih.

Malah, lelaki itu turut dirakam ketawa dengan kuat selain turut mendoakan pemilik kedai itu bankrap dalam perniagaannya.

Pihak polis kemudian tiba di tempat kejadian setelah menerima aduan berkenaan insiden tersebut dan meminta pemilik motosikal untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.

ViralSumber : Facebook  

Dalam satu hantaran lain, lelaki itu tetap cuba melakukan provokasi terhadap peniaga tersebut meskipun telah disaman oleh pihak berkuasa.

Menjengah ke ruangan komen, netizen masing-masing tampil meninggalkan komen tidak puas hati dan geram melihatkan perangai penunggang motosikal yang tidak menghormati peraturan di tempat orang lain.

moshing konsert jiwa kacau
11 months ago

(VIDEO) Buat 'Moshing' Macam Kena Histeria Di Konsert, Pengawal Dikecam Tumbuk Penonton

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...