April 26th, 2020

Sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, ramai rakyat Malaysia telah tampil untuk memberikan sumbangan terhadap mereka yang memerlukan.

Ustaz Ebit Lew antara golongan atau individu yang begitu pemurah untuk menghulurkan bantuan kepada golongan-golongan yang cukup memerlukan.

ustaz ebit lew

BACA : Ustaz Ebit Lew Terpaksa Berhenti Hantar Bantuan Selepas Dipanggil Pihak Polis

Namun begitu, terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan niat baik Ustaz Ebit sehingga melaporkan aktiviti beliau kepada pihak polis.

ustaz ebit lew dipanggil pihak polis

Berkat bulan Ramadhan, walaupun kita masih di dalam tempoh PKP, Ustaz Ebit Lew telah mendapat kebenaran untuk terus menjalankan kerja amal bersama rakan-rakan seperjuangan.

Ustaz Ebit, melalui perkongsian beliau di Facebook sudah pun meneruskan kerja amal beliau di Baling, Kedah. Setelah selesai bersahur, beliau terus ke Baling untuk membantu keluarga yang sudah setahun menetap di dalam kebun getah.

Melalui perkongsian gambar-gambar oleh Ustaz Ebit, ramai rakyat Malaysia menyampaikan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit kerana tidak pernah putus-asa dalam menjalankan kerja-kerja amal atau menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sebak sungguh apabila menonton video-video di FB Ustaz Ebit Lew. Ada yang memang hidup tanpa keperluan asas.

Terima kasih Ustaz Ebit dan semoga Allah memudahkan usaha dan kerja amal Ustaz Ebit walaupun sering menerima kecaman dari pelbagai pihak.


One response to “Ustaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal Setelah Mendapat Kebenaran Pihak Polis”

  1. Anonymous says:

    Sungguh mulia hati insan ini.. semoga sikap nye menjadi inspirasi kepada semua golongan masyarakat..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...