Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak melemparkan kecaman dan kritikan terhadap usaha bantuan dilakukan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Namun, ramai yang berharap agar dia tidak putus asa dan menyokong segala usaha murninya itu.
Bagaimanapun, ada pula pihak yang begitu dengki dan sanggup melaporkan niat baik Ustaz Ebit Lew kepada pihak polis. Menyebarkan pelbagai fitnah terhadap dirinya.
Susulan itu, Ustaz Ebit Lew membuat pengumuman mengejutkan dimana dia terpaksa berhenti menyalurkan bantuan buat sementara waktu setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, Ustaz Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.
Kerja amal oleh Ustaz Ebit Lew memberikan satu makna yang besar kepada golongan yang memerlukan. Setiap bantuan besar mahupun kecil sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Belum tentu ada orang lain yang mempu melakukan perkara yang sama. Kami harap dia kekal tabah menghadapi ujian ini.

Anonymous
April 26, 2020 at 12:13 pm
sebenarnya… ada orang dengki ke, nak kecam, kritik dalam berbuat baik khususnya membantu org secara kewangan adalah biasa lah. Dalam keluarga kecil sama adik-beradik pon ada, apa tah lagi tahap nasional macam UEL. So… nak mohon maaf kat sapa sebenarnya? kat org yang dengki, kritik ke.. kat kawan-kawan yg support? So.. mohon maaf khusus kpd org yg perlu dipohon maaf… x perlu nak umum kepada semua orang yang boleh ekses atau org yg boleh VIRAL kan mesej mohon maaf tu… Allahualam
Rina
April 25, 2020 at 12:51 am
Jom berpindah ke R o t i Kaya… byk gosip2 terkini..