Baru-baru ini, jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana dia sedang mengedarkan bantuan buat Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga di tepi jalan telah membuat beberapa pihak tidak senang dengan tindakannya berkongsi perkara tersebut di media sosial.
Kerana menyedari ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati, Alha membuat penjelasan bahawa dia memuat naik video tersebut hanya mahu memberi kesedaran buat orang ramai sahaja.
Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.
Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari.
View this post on Instagram
Biarpun Alha cuma berniat baik untuk berkongsi perkara tersebut, namun tindakan beliau memaparkan wajah OKU itu dianggap memalukan keluarga indivitu tersebut.
Saya pelik juga, bila Ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang, ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula.
Namun kecaman yang diterima tidak mematahkan semangat Alha untuk terus membantu golongan yang memerlukan bantuan ketik ini.