Didakwa ‘Acah’ Baik Dan Menunjuk-Nunjuk, Siti Sarah Tidak Mahu Niat Beri Bantuan Disalah Erti

Hiburan

Didakwa ‘Acah’ Baik Dan Menunjuk-Nunjuk, Siti Sarah Tidak Mahu Niat Beri Bantuan Disalah Erti

Penyanyi dan kini usahawan, Siti Sarah Raisuddin meluahkan perasaan kesal apabila niatnya memberi sumbangan dan berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan disalah erti oleh sesetengah netizen.

Siti Sarah Sumber : Instagram Siti Sarah  

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib ada memuat naik tangkap layar mesej yang dikirim seorang individu tidak dikenali yang mengatakan dia dan suami suka menunjuk baik.

Advertisement

“Tak payah acah baik boleh tak? kalau nak bagi, bagi je lah. Ko dengan laki ko memang suka menunjuk ek?” tulis individu tersebut.

Tidak melatah dengan kritikan sedemikian, Sarah mengakui dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak dalam setiap tindakan yang dilakukannya.

Sarah juga memberitahu bahawa keikhlasan dalam setiap perbuatan biar Allah S.W.T saja yang menilainya, bukan manusia.

Advertisement

“Dalam kehidupan kita ini, kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita terbuat salah, lagi teruk jadinya. Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke?”

Tambahnya lagi, dia hanya ingin berkongsi sedikit rezeki yang didapatinya menerusi perniagaan yang diusahakannya kini, sekadar untuk membuatkan para petugas barisan hadapan berasa gembira pada hari tersebut.

“Saya bagi hadiah dan barang-barang lain tu pun untuk buat kenangan, ikhlas ke tak, bukan kita tentukan, perkara itu rahsia Allah, siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang.”

Dalam pada itu, Sarah juga sempat menitipkan doa kebaikan buat ‘frontliners’ yang sering menyokong segala tindakan dan memberi kata semangat buatnya di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    March 4, 2021 at 12:31 pm

    Dulu dia ni hitam sekarang dah putih melepak. Pakai produk apa boleh share?

  2. Anonymous

    March 3, 2021 at 12:53 pm

    Betul la tu…

    Tak tau la kenapa bila pasangan ni buat baik, memang nampak macam menunjuk

    Bila Edit Liew yang ke sana ke mari tu…tak de pulak aku rasa macam tu

Loading...