Baru-baru ini, melalui platform TikTok, seorang usahawan telah memperkenalkan kek coklat buatannya yang diberi nama KekHitam Premium.
Kek Coklat Premium diturunkan harga jadi RM29
Bagaimanapun, kek coklat berkenaan menjadi perhatian ramai selepas dia mendedahkan harga sebekas adalah RM39, di mana kebanyakan netizen merasakan sama sekali tidak masuk dek akal kerana pembuatan amat senang serta bahan-bahan digunakan murah sahaja.
Susulan teruk dikecam netizen, usahawan yang dikenali sebagai Fendymojo itu telah menurunkan harga menjadi RM29.
Katanya, dia mengambil segala kritikan yang dilontarkan oleh orang ramai sebagai cara dirinya memperbaiki produk yang dikeluarkan.
Netizen masih rasa tak berbaloi, harga tak berpatutan
Biarpun sudah menurunkan harga, netizen masih merasakan harga tersebut sama sekali tidak berpatutan dan lebih baik membeli kek coklat yang dijual oleh peniaga di bazar, di mana harganya lebih murah serta berpatutan.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mahu menunggu pempengaruh yang sering membuat konten review makanan iaitu Jason mencuba kek berkenaan untuk memastikan sama ada berbaloi atau tidak dengan harga yang diletakkan oleh usahawan tersebut.