Usahakan ATV Park, Fizo Omar Labur Lebih RM1 Juta Demi Kepuasan Pelanggan

Hiburan

Usahakan ATV Park, Fizo Omar Labur Lebih RM1 Juta Demi Kepuasan Pelanggan

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang kini mengusahakan perniagaan ATV Park telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penggemar sukan lasak.

Oleh itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar menambah lima unit ATV di cawangan Kelantan dan 10 unit ATV lagi untuk cawangan keduanya di Janda Baik.

Advertisement

Dengan penambahan unit ATV tersebut, Fizo, 36, maklumkan ramai pelanggan berasa puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan ini membuatkan dia berasa segala penat lelah berbalas.

Alhamdulillah baru saja 2 bulan buka ATV Park Abe Joe yang ke dua di Janda Baik selepas 6 bulan ATV Park yang pertama di Kelantan.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga berkata bukan mudah untuk mengusahakan ATV Park, kerana harus mengikut spesifikasi ATV yang betul dan aspek keselamatan juga diambil kira selain ingin berikan pengalaman keseronokan kepada pelanggannya.

Sambutan sangat-sangat luar biasa dan masalah utama adalah jumlah ATV tak cukup!! Masalah yang baik sebenarnya!

Fizo memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya yang memaparkan beberapa keping gambar ATV Park tersebut dan berkongsi dia sebenarnya sudah melabur RM1 juta bagi mengusahakan perniagaan tersebut.

Jumlah semua dah RM1 juta lebih, setiap unit tu hampir RM30K dan RM40K lah sebijik.

Dimaklumkan Fizo bakal buka cawangan ATV Park yang baru tak lama lagi.

Fizo Omar
2 years ago

"Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya" - Fizo Omar Beri Amaran Akaun Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...