“Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya” – Fizo Omar Beri Amaran Akaun Palsu

Hiburan

“Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya” – Fizo Omar Beri Amaran Akaun Palsu

Selepas selamat mendirikan rumah tangga dan berkongsi gambar isteri tercinta, pelakon Fizo Omar mendedahkan terdapat beberapa individu yang membuat akaun Instagram palsu menggunakan gambar serta nama isterinya, Fazeera Nazri Azrai.

Fazeera
2 bulan lalu

Berakhirnya Penantian, Fizo Omar Dedah Wajah Isteri Baru

Advertisement

Fizo omar atau nama sebenar Wan Hafizol bin Wan Omar memuat naik tangkap layar yang memaparkan beberapa akaun Instagram palsu isterinya menerusi InstaStory dan meminta agar peminat tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui siapa pemiliknya itu

Fizo Omar

Fizo, 36, turut memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Ini bukan Instagram rasmi wife saya. Stop follow individu yang entah siapa-siapa. Kepada yang berkenaan stop gunakan nama orang lain untuk kepentingan peribadi.

Pelakon 7 Petala Cinta itu memberi penjelasan kepada orang ramai agar dapat meleraikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi momen hari bahagia mereka.

Advertisement

Fizo mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya yang berusia 25 tahun itu di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira jam 10 pagi. Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Saye

    October 26, 2021 at 11:41 am

    Iras ex wife die

    • Hamba Allah

      October 27, 2021 at 7:39 pm

      br nk ckp benda sama :-D

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...